Saturday, April 20, 2013

planning..

banyak perkara da plan..
tapi..
hmm..
seperti semuanya tinggal harapan..
sakit hati..
terguris..
mengalah untuk kebanyakan perkara..
tak tahu nak luah kepada siapa..
bukan semua orang boleh faham..
tapela..
telan aje semua..

*disaatsemuaorangsedangmewahmenikmatihaksendiri,akuhanyamampumelihatsahaja:')

Sunday, April 14, 2013

Hi..
hmm..
sekarang aku cuba untuk tidak menyalahkan orang lain dalam setiap perkara..

dulu,
selalu rasa menyesal dalam banyak perkara..
sekarang belajar terima..
yela..
mungkin ada hikmah kan..
kenapa, mengapa..
:)

bersyukur keadaan sekarang ni..
:))

Sunday, March 17, 2013

teringin..

haa..
sebenarnya kaaannn...
teringin nak masuk contest ni tau..
tapi malu..

sebab kaaannn..

tajuk contest tu ialah....................
creative make up competition..

nak buat..

tapi................................

takut tak menjadi..
kan kena pandai main dangan warna kat muka..
kulit pun tak cantik mana pun..
lepas tu nak kena amik gambar muka pulak tu..
mana reti..
kalau tak kena gaya,
da jadi tak cantik..huhu

tarikh tutup 10 april..
kalau rasa nak buat,
nanti baut la..
nak minta tolong orang maaaluuuuuuuuuuu..
haha

Tuesday, March 12, 2013

:)

hey you!
congrats!
I'm happy for you..
alhamdulillah..lepas..
it is beginning of your new journey..

good luck for your next papers..

please, don't give up..
ingat tau,
walau apa pun yang terjadi..
itu adalah rezeki masing - masing..
cuma cepat atau lambat je..

always pray for you..

may your dream comes true..


ps : tetiba terasa nak amik EASA Part 66 jugak bila lihat orang keliling success.. :P

Sunday, February 24, 2013

sigh..

Hmm..
Kejayaan..
Setiap orang ada kejayaan masing-masing..
Tak salah untuk cemburu..
Tapi, bagi aku..
Salah bila kita mempertikaikan kejayaan seseorang..
Contoh,
"weh, kau berapa failed?"
"aku tade failed.."
"asal kau lulus tapi aku failed?"
Lebih kurangla dialog sebegitu yang sering ditanya..
Da nak masuk bulan march da..
Aku sakit hati bila dengar dialog macam ni..
Aku pun pernah jatuh..
Lagi teruk dari mereka semua..
Malu tu takyah cakap aa..
Dala masuk kelas budak-budak yang..hmm..
Lepas tu ada pulak lecturer ni cakap macam ni;
"hey, yuolls kelas failed kan?"
Pedih sial bila dengar orang cakap macam ni..
Bukan nak support bagi semangat ke nasihat ke tapi buat orang lagi down..
Sem 2 aku memang asyik menangis je..
Yelah, orang lain pointer tinggi-tinggi..
Aku?
Sekarang bila aku macam ni,
Boleh pulak orang cakap;
"kau tak tahu ke kitorang memang selalu menganjing kau pun tade failed sebab orang tu ajar kaaannn..."
Terguris betul hati aku..
Masa aku dengar tu memang aku gelak je..
Tapi lepas tu aku menangis..
Aku tak faham orang-orang sebegini..
Salah ke aku  berjaya?
Dosa ke?
Kau kau kau nak maksudkan yang aku tak mampu?
Aku ni perlu berada di bawah sentiasa?
Macam tu?
Orang lain berjaya, aku cakap tahniah..
Rezeki masing-masing..
Tapi..
Hmm..
Bukan nak minta disanjung..
Tapi, janganla cakap macam tu..
Hmm..
Tapela..
Orang tak pernah jatuh memang begitu..
Biarla..
Asal ada orang yang tahu kita macam mana..
Selagi mampu bertahan, aku telan semuanya..
Mekasih pada semua yang support..
Dan yang bercakap macam tu pun, terima kasih banyak-banyak jugak..
Hope result sem ni lagi bagus daripada result sem lepas..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, February 17, 2013

..

Mulai sekarang
Kena belajar
Untuk tidak terlalu berharap terhadap orang lain..
Setiap orang ada commitments masing-masing..
:')

Published with Blogger-droid v2.0.10

hoping

Da dua minggu asyik sakit gigi..
Lately ni makin kerap pulak..
Nak makan pun kena hati-hati..
Kadang tu sampai tade selera..
Hope dapat bertahan lagi..
Ada rezeki boleh buat braces..
All I need is just be patient..
Hmm..
Pray for me..
Everything gonna be okay..
Hope so..

Monday, February 11, 2013

...

Kelas da start..
Last two weeks busy dengan event..
Actually just party makan-makan je..
Tapi ada jugak games,
hadiah semua for top student..
Congrats untuk kawan-kawan yang dapat tu..
Semuanya okay..
Tapi,
Macam biasala kan..
Ada jugak yang tak puas hati..
Lepas event pun ada jugak..
Tadah telinga ajela dengar..
Lantak aa..

Haa..
Lately ni asyik sakit kepala je..
Don't know why..
Nak kata ada terhantuk ke terjatuh ke.....
Hmm..tade pulak..
Kadang tu time tengah happyla tengah belajar pun tiba-tiba je sakit..
Tapi..
Kejap je kot.. :)
Sakit kat ubun-ubun la paling perit..
Tapi.
Tape..
Tade pape pun..
Imma strong girl!
Yeeaaahhh! Haha

Haa..
Hari tu ada termimpikan arwah opah..
Mungkin aku da dapat terima pemergian opah..
Semoga opah tenang di sana..
Adik rindukan opah.. :')
Dulu selalu nakal sorok baju sekolah sebab tak mahu gantung..
Tinggi sangat ampaian tu..
Haha
Lepas tu opah jumpa, opah bagitahu ma..
Hahhahahaha

Hmm.
Tu je kot..
Ohh, ya..
Lately ni nafsu makan makin banyak..
Aku pun tak tahu kenapa..
Semua benda teringin..
Lagi-lagi rendang ayam pencen..
Dapat pulak makan dengan pulut kuning or nasi impit kaaannn..
Peeerrgghhh!
Nak request kat abah tapi abah asyik tade je..
Nak buat sendiri, tak reti..
Haaiiihh~
Siapa baik hati ajarkan?
Boleh makan reramai..haha
K, laa..booii

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 28, 2013

black sheep

Da seminggu.. Remuk di hati ma takkan sama dengan lebam dan sakit di badan.. I'm not a good daughter for you.. For abah.. I'm not like anak-anak abah yang lain.. Selalu aku je yang buat hal.. Please mummy.. Forgive me.. Kalau ma tak nak maafkan adik pun tape.. Tapi, please threat me like before.. Macam mana ma rasa sakit bila kita lebihkan makyang, Macam tu kita rasa bila ma lebihkan saleh.. Kita tak tahu macam mana nak pujuk ma.. Kita minta maaf ma.. But, I promise.. I will never let you down.. You will always be my number 1..

Monday, January 14, 2013

HAPPY DAY!


Hari ni amik result..
Dari malan tadi da berdebar..
Takut, cuak, semua ada..

Datang dengan ma and abah..

Alhamdulillah..

Even tak tinggi macam orang lain,
still in A jugak..

Happy sangat.. :)

Da masuk sem baru..
Tak boleh main-main lagi..
This semester banyak killer subjects..
So,
tak nak macam sem lepas..

Semua happy..
Abah, ma and Mak Yang..
Even kena banding jugak,
tak kisah da..
Da cuba..
Itu yang mampu..

:)

Saturday, January 12, 2013

:'(

Sudah dua hari opah pergi..
Tak sempat melawat opah..
Plannya nak pergi hari Sabtu..
Sedih :'(
Aku masih belum dapat menerima..

Sekarang aku rasa sifat aku lebih pada PENAFIAN.
Bukan penerimaan..

10 tahun yang lalu,
opah Amnah..
Sekarang selepas 10,
opah Hindon pula..
Apa yang terjadi membuatkan aku semakin takut untuk ke hadapan..

I'm not strong enough..

Bila airmata mulai jatuh,
aku nafikan apa yang berlaku..

Aku belum lagi termimpikan opah..
Mungkin kerana aku belum lagi menerima apa yang berlaku..

Tolong bimbing aku kembali ke alam nyata..
Aku tak kuat untuk hadapi semua ini..
Diduga pada permulaan tahun baru...

Hmm..

Tuesday, January 8, 2013

Please, stop!

Tak tahu di mana hendak mula...
Hmm..yang pasti, hati aku pedih..
Aku masih ingat bagaimana darah dagingku dimalukan di laman sosial oleh pertalianku sendiri..
Pangkat kami sama..yang aku hairan, itu bukan masalah kau..malahan, bukan hal kau pun..
Itu sebab aku hanya berdiam diri..
Kalau ikutkan hati, memang aku gaduh je..peduli hape aku kau tua dari aku..
Bukan hal kau pun..tapi, kau pulak melebih..
Kau fikir kau bagus?
Hal da selesai sekarang ni, kau tak nak menyalak lagi ke?
Meh sini aku pulak mengaum..
Orang datang niat berziarah kerana dijemput..
Tapi kau pulak menjeling mengalahkan tuan rumah sebenar..

Ye, memang sekarang aku belum punya apa-apa..
Kau pula da kerja..
Aku belum habis belajar..bolehla kau kerek kan?
Berlagak tak sudah-sudah..
Eleh..takat nak berlawan menunjuk-nunjuk depan aku, memang kau menang r..
Tunggu bila aku da kerja nanti..
Kau pun tak punya apa-apa..huh!










Masing-masing ada cita-cita sendiri..
Tak perlu nak mempertikaikan apa aku belajar sekarang ni..
Aku tak pandang rendah pun pada kamu orang semua walaupun aku ada pendapat sendiri..
Aku tahu ada juga di antara kalian yang belajar kerana terpaksa..
Begitu juga pada aku pada awalnya..
Aku mengambil masa untuk terima apa yang aku lalui..
Sering kali aku menoleh kebelakang pabila aku lelah..
Ya..
Memang aku belajar di kolej sahaja..
Tidak seperti kamu, kamu, kamu yang meneruskan pelajaran di UNIVERSITI..
Tapi aku tak hairan pun..
Aku sedar di mana aku berada..
Takat belajar kat U,
tapi course tah hape-tape yang kau banggakan..
Aku cuma mohon jangan dipandang rendah..
Itu sahaja..
Bohongla jikalau aku kata aku tidak cemburu..
Ya,
aku cemburu melihat kalian mendapat tempat di menara gading yang diimpikan..
Tapi aku bersyukur masih mendapat tempat untuk meneruskan pengajian..

Hmm..
Perasaaan hasad dengki ni kalau difikirkan,
sampai bila-bila takkan habis..



Wednesday, January 2, 2013

2013

Da masuk New Year..
Firstly, HAPPY BIRTHDAY yo big brotha! The only brother that I have..
Mak Su, Akma dan Abang


Aku harap, 2013 tahun yang paling best..
sebab ini adalah tahun last belajar..
tinggal lagi dua sem, 
lepas tu praktikal 6bulan pada tahun seterusnya..
 
Aku juga harapkan perubahan dalam tahun ini..
Terhadap diri aku,
aku mahu lakukan yang wajib dengan sepenuhnya..
Tetapi, 
biarlah perubahan itu datang dari hati yang ikhlas..
Aku tak mahu terpaksa..
Tolong bimbing aku ke laluan yang betul..

Tentang pelajaran pula,
aku mahu belajar betul-betul..
Aku tak mahu seperti di semester 3..
Apa yang terjadi, 
aku mahu lupakan..
Kalau boleh,
semua yang pahit..
Cuma yang manis-manis sahaja untuk diingati..

2013 juga merupakan tahun untuk aku mengumpul $$$..
Belajar untuk berjimat..
Terlalu banyak wishlist yang tidak tertunai..
Ya,
banyak..
Sehinggakan suatu ketika aku merasa putus asa..
Mujur ada dia yang sentiasa di sisi..
 
Impian terakhir selepas habis belajar,
aku nak bekerja di ATC..
Da jumpa Uncle Pendi for the first time..
Nanti aku ceritakan di lain entry..





 
kau dan aku Blogger Template by Ipietoon Blogger Template